Pelakon, Ashraf Muslim, 32, mengakui teruja untuk bergelar bapa setelah isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, disahkan hamil enam minggu.
“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.
Sebelum ini yakni kira-kira dua minggu lalu, dia pernah menafikan Sakinah hamil dan mengatakan masih belum mendapat rezeki.
DAFTAR SEKARANG: PELUANG JANA WANG SAMPINGAN
Bagaimanapun tindakan Sakinah memuat naik gambar beberapa ubat kembali menimbulkan spekulasi bahawa dia kini sudah hamil.
Setelah berdolak dalih, akhirnya sumber terdekat Sakinah memberi khabar bahawa wanita itu sebenarnya sudah hamil.
Pasangan yang berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu telah menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
Sejak disahkan mengandung, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tak lalu makan malah dia tidak boleh jamah makanan barat seperti burger.
Khabarnya mencium baunya sahaja, Sakinah akan loya. -Sharian
#Loya...
KONGSI
& Komentar
Tweet