KUALA LUMPUR, 22 Sept - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Terbuka Jepun buat kali keempat pada perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Ahad.
Pemain berusia 31 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga menumpaskan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21 dan 21-17 dalam masa 55 minit, demikian menurut laman web kejohanan; www.yonexopenjp.com.
Untuk rekod, Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali iaitu pada 2007, 2010 dan 2012.
Beberapa wakil negara sebelum ini terkandas seawal pusingan pertama dan kedua kejohanan sekali gus menyaksikan Chong Wei menjadi pemain tunggal yang terus mengibarkan cabaran negara pada kejohanan itu.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan itu.- BERNAMA
#Tahniah Datuk!

KONGSI
& Komentar
Tweet