Wednesday, 18 September 2013

Anuar Zain fobia gambar wajahnya dikutuk dalam media sosial

Posted By: TTO Admin - 18.9.13


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain berasa fobia apabila melihat mana-mana individu termasuk peminat merakam foto wajahnya tanpa meminta izin kerana risau dirinya akan menjadi bahan kutukan di laman-laman sosial Internet.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, berkata, keadaan itu sering terjadi apabila ada pihak mengambil pendekatan mengutuknya selepas gambar-gambar yang dirakamkan dimuat naik menerusi laman sosial masing-masing seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

"Memandangkan saya tidak mempunyai sebarang laman sosial, saya sering mendapat tahu daripada rakan-rakan bahawa ada beberapa individu yang tidak puas hati mengutuk saya di Twitter.

DAFTAR SEKARANGPELUANG JANA WANG SAMPINGAN

"Mereka mengambil foto saya apabila melihat saya berada di sesebuah lokasi kemudian mengutuk tanpa sebab. Sehinggakan ia buat saya berasa fobia apabila ada pihak yang mengambil foto tanpa izin saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak kisah pun jika ada yang mahu bergambar,” katanya.

Anuar ditemui pada majlis sidang media Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung di sini, Selasa.

Tambah Anuar keadaan itu juga membuatkan dia enggan memiliki sebarang akaun laman sosial peribadi kerana ia akan menjadi perkara negatif bagi sesetengah pihak.

Malah kutukan yang dilemparkan boleh mengganggu emosinya kerana Anuar beranggapan dia tidak pernah melukai hati sesiapapun, maka pihak lain tidak ada hak untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.

"Bagaimanapun saya ada akaun Facebook iaitu ‘Anuar Zain Network’ yang diselia oleh pengurusan saya agar memudahkan untuk membuat sebarang pemberitahuan isu terbaharu mengenai kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, mengenai acara Malam Jalinan Mesra 2013, ia bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu di sini.

Tujuan utama majlis itu bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan menerusi tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).

"Ini merupakan pertama kali saya bekerjasama dengan pihak jabatan tersebut dan saya bersyukur kerana sedikit sebanyak hasil kumpulan tiket akan disalurkan ke rumah- rumah kebajikan.

"Saya bakal mempersembahkan lebih kurang lima buah lagu selama 30 minit pada acara itu nanti," tuturnya.

Tiket bagi majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu dijual dengan dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja. -Mstar

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab