Friday 27 September 2013

Remaja ditemui mati tergantung disyaki bunuh diri kerana cinta

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

SABAK BERNAM - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai mempunyai masalah cinta dengan teman wanitanya ditemui mati tergantung pada palang bumbung di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang di sini semalam.
Mayat remaja itu ditemui tidak berbaju di luar rumah oleh seorang ahli keluarganya yang kebetulan pergi ke kediaman peninggalan arwah datuknya untuk mengutip daun pandan kira-kira pukul 7 malam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, polis yang dihubungi keluarga mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang remaja tergantung dengan seutas tali nilon.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini. - KOSMO!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab