Friday 6 September 2013

Bapa rantai dan tinggalkan anak lelaki OKU dalam gua

Posted By: TTO Admin - 6.9.13

BEIJING - CHINA . Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China.

Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.

Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya.

"Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan.

"Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao dipetik dari laporan MailOnline.

Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu. -Sinar

#Ada jugak manusia macam ni

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab