Tindakan itu dibuat kerana Rafidah Ibrahim yang mesra disapa sebagai Fida berasakan bahawa terdapat unsur fitnah di dalam dakwaan pihak produksi terhadap dirinya. Perkara itu telah dimaklumlan sendiri oleh pengurus Fida kepada portal murai.com.my.
"Ketika ini Fida dalam perjalanan ke pejabat SENIMAN bagi membuat aduan kepada persatuan tersebut kerana terdapat unsur fitnah dalam kenyataan yang dibuat Suhaimi Lua seperti yang terpapar dalam blog-blog hiburan hari ini.
"Fida telah membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan dengan mengadu kepada pihak SENIMAN yang dirasakannya sebagai saluran yang betul untuk menjelaskan semua perkara ini.
"Penjelasan mengenai isu ini akan diberikan oleh Fida sendiri tidak lama lagi. Di harap tiada sebarang spekulasi yang memburukkan keadaan. Lebih baik kita tunggu penjelasan Fida berkenaan dakwaan ini,"ujar pengurusnya Shah ketika dihubungi tadi.
Pengarah, Suhami Lua dikatakan kesal dengan sikap tidak profesional pelakon berkenaan apabila Fida Ibrahim melarikan dari lokasi penggambaran tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Atas sebab itu, Suhaimi tekad untuk tidak mengambil Fida berlakon lagi dalam mana-mana karya yang melibatkan pengarahannya. Menurutnya, Fida bukanlah pilihan utama tetapi dia hanya menurut permintaan produser. -Murai
Artikel Berkaitan:
KONGSI
& Komentar
Tweet