Tuesday 3 September 2013

Lelaki Bosnia saman bekas kekasih RM600,000 kerana didakwa perguna sperma

Posted By: TTO Admin - 3.9.13

Ervin Ahbabovic
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Bosnia menyaman bekas kekasihnya sebanyak RM600,000 kerana didakwa mempergunakan sperma dirinya bagi mendapatkan genetik orang Eropah yang dikatakan berkualiti tinggi.

Plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, yang bekerja sebagai pengarah komersil di syarikat tempatan memfailkan saman Jumaat lalu menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini.

Ervin yang telah mendapat status Penduduk Tetap (PR) menjalinkan hubungan dengan defendan, 29, sejak 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Menurut plaintif, selepas melahirkan anak, mereka kerap bergaduh sehingga defendan menjadi ganas dan menikam lengan kiri lelaki itu.

Apa yang lebih menyedihkan apabila wanita itu mendakwa plaintif dipergunakan sebagai pemuas nafsu sahaja selain mendapatkan sperma untuk mendapatkan cahaya mata lebih baik.

Ini kerana defendan beranggapan genetik orang Eropah mempunyai kualiti yang tiada tandingan berbanding hasil dari benih warga tempatan. - KOSMO!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab