Saturday 7 September 2013

Lelaki maut dipenggal oleh helikopter kawalan jauh

Posted By: TTO Admin - 7.9.13

New York: Seorang lelaki berusia 19 tahun tahun terpenggal diri sendiri dengan helikopter kawalan jarak jauhnya.

RomanPirozek Jr bermain dengan helikopternya di sebuah taman di Brooklyn kelmarinapabila dia gagal mengawal dan menyebabkan helikopter itu menerjah dan melibaskepalanya.
Kipasitu membelah sebahagian kepalanya sebelum melibas lehernya.

Pirozek peminat tegar model helikopter dan menjadi naib presiden kelab hobi tempatan. Dia sering memuat naik video menunjukkan dia bermain helikopter diYouTube.

Satu daripada rakaman menunjukkan dia mengawal helikopter Trex700 dengan melakukan pelbagai aksi. Sementara itu, satu lagi menunjukkan diamembiarkan sebuah helikopter berharga AS$1,500 (RM4,950) menjunam dari udara sebelum menghidupkan semula rotor ketika helikopter itu berada beberapa incidari kepalanya.

Dalam kejadian kelmarin, helikopter kawalan jarak jauh yang digunakannyamempunyai rotor sepanjang 158 sentimeter yang berputar selaju 2,000 putaranseminit. Beratnya kira-kira 2.8 kilogram.

Pirozek mati di tempat kejadian. Gambar yang dirakam di tempat kejadianmenunjukkan komponen helikopter itu bertaburan berhampiran mayatnya.

“Dia memang terkenal dengan sifat agresif apabila bermain helikopter,” menurut sumber polis.

Menurut polis, pesawat itu jatuh dari udara dan melibas kepala dan lehernya. -AFP

VIDEO

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab