PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan untuk membenarkan pelajar Malaysia dari universiti di Mesir menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, sama ada swasta atau awam.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pelajar terbabit adalah dari bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam.
"Ia boleh dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip 'parallel' (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).
"Ini bermakna jika mereka berada di tahun empat ketika di Mesir akan mengikuti pengajian di tahun ketiga di negara ini. Bagaimanapun, ia tidak akan membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
KONGSI
& Komentar
Tweet