YouTube ubah nasib anak jalanan bermain ukelele
Kuala Lumpur: Kanak-kanak jalanan, Tegar Septian, 12, yang mencipta fenomena apabila aksinya menyanyi sambil memetik ukelele dimuat naik di laman YouTube hingga mengubah hidup, menghadiahkan ibunya sebuah rumah bernilai kira-kira RM100,000, tiga hari lalu.
Tegar membeli sebuah rumah di Subang, Jawa Barat, Indonesia sempena hari jadinya yang ke-12, selain tanda kasih kepada keluarga yang selama ini hidup merempat di jalanan.
“Kini, selepas empat tahun tidak bersekolah, Tegar menyambung persekolahan di rumah sendiri.
“Syukur Alhamdulillah, impian saya untuk menjadi penyanyi dan orang kaya dimakbulkan.
Malah, saya juga sudah mampu membeli motosikal dan berhasrat membeli sebuah lagi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Hidup berdikari
Tegar berkata, kesusahan hidup sebagai penyanyi jalanan atau pengamin mengajarnya untuk hidup berdikari dan mencari rezeki untuk keluarga.
Berbekalkan ukelele yang dibeli hasil titik peluh menjadi pengamin sejak berusia tujuh tahun, Tegar meneruskan impian menjadi penyanyi popular dan berhasrat berduet dengan band tempatan, Slam.
Tegar yang berada di Malaysia sehingga Rabu ini bagi mempromosikan album mini berjudul Tegar dan Sahabat, tidak pernah menjadikan alasan perceraian kedua orang tuanya untuk berputus asa atau memilih jalan hidup yang salah.
Sejak album mininya dilancarkan April lalu di Indonesia, lebih 100,000 unit sudah terjual di negara itu.-Bharian
Rakaman Youtube Lagu Asal
#Berbakat dan rezeki Allah:)
KONGSI
& Komentar
Tweet