Monday, 23 September 2013

Scha Al-Yahya berjaya jalani pembedahan buang ketumbuhan dalam rahim

Posted By: TTO Admin - 23.9.13


Pelakon, pengacara dan model terkenal, Scha Al-Yahya disahkan menghidap ketumbuhan dalam rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari HMetro.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."
“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."
“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."
“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab