Sunday 29 September 2013

Rozita Che Wan akhirnya dirisik Zain Saidin. Tahniah!

Posted By: TTO Admin - 29.9.13
Gambar Instagram milik Rozita yang baru dimuat naik sebentar tadi.

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Ibu negara, pada Ahad.

Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.



"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dokarasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.

Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media.

Gambar Zain bersama tetamu pada majlis merisik yang berlansung pada Ahad

Terdahulu pada Jumaat lalu Zain memberitahu mStar Online dia terkejut apabila timbulnya khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut. -Mstar

#Tahniah Che Ta!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab