Thursday 6 February 2014

Tertelan jarum peniti ketika cungkil sisa makanan di celah gigi

Posted By: TTO Admin - 6.2.14
Jertih: Gara-gara ingin membersih sisa makanan di celah gigi menggunakan jarum peniti, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, dekat sini, menerima padah apabila dia tertelan jarum berkenaan, kelmarin.

Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd Zulkifli, 14, kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut oleh guru sekolah terbabit selepas tiba-tiba tidak dapat bercakap dan tiada suara.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Alif Aiman bersama seorang lagi rakan sekelas sedang berehat selepas menikmati makan tengah hari.

Sebelum itu, Mohd Alif dari Kampung Belaoh, Hulu Besut, dekat sini, meminta sebatang jarum peniti daripada rakannya untuk mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd Zulkifli,14, pelajar tahun dua kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut (HB) oleh guru sekolah selepas tertelan jarum. FOTO Mohamad Ishak
"Secara tidak sengaja ketika mencungkil di celah gigi, saya bercakap kuat dengan rakan lalu tertelan jarum peniti.

"Ketika itu saya tidak dapat bercakap serta mengeluarkan suara dan rakan yang melihat insiden itu segera memaklumkan guru yang kemudiannya membawa saya ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini, semalam. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab