Shahrol turut mengesahkan desas-desus mengatakan dirinya dipulaukan sebahagian pelawak lain dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 berpunca daripada konflik itu.
“Terus-terang saya tidak tahu macam mana jadi begitu.
Tidak tahu mana silap saya atau apa benda yang dia tidak puas hati sampaikan dia mengelak macam itu sekali.
“Sudah tiga, empat kali saya datang kepadanya dan meminta maaf.
Saya hendak tahu dan bertanya kalau saya ada buat salah, tetapi dia mengelak dan dingin saja,” katanya.
Menurut sumber, perang dingin itu semakin ketara apabila mereka menjauhkan diri dan mengelak daripada bertemu satu sama lain.
Terdahulu, Harian Metro pada 24 Januari lalu melaporkan, kedua-dua kumpulan itu didakwa berselisih faham sehingga berbalah di belakang pentas, namun kedua-duanya menafikan desas-desus terbabit.
Shahrol berkata, dia juga kesal apabila konflik dingin itu merebak dipercayai berpunca daripada sikap Jep yang menjaja cerita kepada rakan pelawak lain.
“Bagi saya, tidak elok bila dia berdiam diri dan memulaukan saya macam itu saja.
Bila jumpa, dia mengelak macam sudah menyampah sangat tengok muka saya sedangkan kita boleh bersemuka dan berbincang.
“Sebaliknya dia jaja cerita dan mempengaruhi orang (pelawak) lain.
Baru-baru ini, secara tiba-tiba dia tidak mengikuti saya di Instagram sedangkan kami mengikuti akaun satu sama lain sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, dia berharap konflik itu dapat dipulihkan semula kerana mereka mempunyai hubungan rapat sebelum ini.
“Kalau dia fikir saya pesaing sampai nak jadikan musuh, benda itu tak patut timbul sebab saya junior dalam bidang ini.
“Buntu juga jadinya dan tidak tahu macam mana hendak pulihkan keadaan kalau dia terus mengelak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahrol dan rakan kumpulannya, Ajak bakal merakamkan semula lagu lama, Bintang Malam Ini, nyanyian asal penyanyi 1970-an, A Razak dalam masa terdekat.
“Lagu ini akan kami rakamkan semula dengan nafas baru dan menariknya kami akan berduet dengan Datuk Yusof Haslam.
“Kami dapat idea ini bila Datuk Yusof menyanyikan serangkap lagu itu dalam MLM2013 beberapa minggu lalu.
Bila kami ajak (berduet), dia berminat dan bersetuju,” katanya.
KONGSI
& Komentar
Tweet