Kebetulan atau suratan? Itulah pertama kali menyedari status dimuatnaik oleh dua pemilik facebook yang maut kemalangan adalah status yang sama!
Seperti yang TengokTVOnline laporkan, dalam bulan ini sahaja tiga individu iaitu pemilik Facebook bernama Tengku Joe, Dieba Yatz Min dan Eyja ReLa (Klik nama) yang maut dalam kemalangan telah menunjukkan tanda-tanda dengan memuat naik status "kematian" di akaun masing-masing. Ketiga-tiganya juga maut ketika menunggang motosikal!
Namun, agak mengejutkan apabila Status Tengku Joe dan Eyja ReLa adalah status yang sama!
" Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku."
Mesti anda meremang bila mengetahui perkara ini bukan? ramai memberi komen di facebook TengokTVOnline yang menyedari akan perkara itu. Ada yang cuba menimbulkan ketakutan dengan mendakwa ayat tersebut seakan "ayat berantai"! Sebagai umat Islam, kita tidak boleh mempercayai perkara seperti itu kerana ajal dan maut di tangan tuhan.
Mungkin kejadian ini hanyalah satu kebetulan. Dan ayat tersebut juga mungkin ayat yang di Copy & Paste dari sumber yang sama di dalam Internet. Namun, setelah kejadian seperti ini berlaku, beranikah anda Copy & Paste ayat itu di profile Facebook anda sendiri???
KONGSI
& Komentar
Tweet