"Saya tak tahu kenapa gambar-gambar saya dipadamkan daripada akaun Instagram dia. Saya rasa pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri. Mungkin dia mahu menjaga perasaan saya. Saya tak kisah mengenai gambar tersebut. Bagi saya, padamkan gambar tak mengapa, asalkan jangan padam saya dari hatinya,"
Qi yang kini telah berusia 37 tahun turut menjelaskan hubungan cinta yang terjalin antara mereka masih berjalan seperti biasa.
"Status saya dengan dia masih macam biasa, tiada apa yang berubah. Kalau jodoh kami panjang, perkahwinan adalah destinasi seterusnya buat kami. Saya faham, Nelydia ada komitmen dia sendiri. Jadi perancangan untuk berkahwin itu mungkin dalam masa setahun lagi. Namun begitu, saya tidak pernah mahu kongkong kerjaya Nelydia," ujar mantan pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' ini.
"Saya juga kena fikir, sama ada nak melebihkan perasaan saya sendiri ataupun impian dia yang masih panjang. Takkan sebab sikap cemburu saya, boleh menghalang impian dan bakat Nelydia? Saya mahu dia pergi sejauh mungkin kerana bakatnya memang dalam bidang lakonan. Bakatnya besar, jadi saya tidak akan menghalang perjalanan kariernya," ujar Qi lagi.
Malah, Qi ketika ditanya mengenai pelakon kacak Sharnaaz Ahmad yang dikaitkan dengan kekasih hatinya, beliau menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya.
"Saya dengan Sharnaaz okay sahaja. Kami tiada apa-apa masalah. Saya juga tidak mempunyai apa-apa masalah jika Nelydia mahu digandingkan dengan Sharnaaz sekali lagi atau dengan sesiapa pun. Nelydia pun tiada masalah apabila saya mahu digandingkan dengan sesiapa. Kami berdua harus bersikap profesional," - Kredit: Gua.my
KONGSI
& Komentar
Tweet