Mangsa yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan cina telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.
Polis peronda tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan dari orang awam.
Darah mangsa dilihat memenuhi sebahagian lantai kedai. Kedai makan tersebut juga mengalami kerosakan akibat dari pertumpahan darah itu.
Motif penyerang masih tidak diketahui. Namun menurut saksi, ia berkemungkinan berpunca dari judi.
Pihak polis Meradong kini sedang menyiasat kes berkenaan. - My Media Hub
Kredit gambar - Meradong Today
KONGSI
& Komentar
Tweet