Thursday 6 February 2014

5 kanak-kanak, 2 dewasa positif virus H1N1 di Hospital Likas

Posted By: TTO Admin - 6.2.14


KOTA KINABALU: Pegawai kesihatan Sabah mengesan wabak virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus itu.

Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin.

"Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis.

"Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka," tambah Dr Tan.

Beliau berkata, pegawai perubatan turut berusaha untuk mengenal pasti sumber yang membawa wabak H1N1.

Dr Tan berkata, doktor dan kakitangan juga perlu bersedia untuk mengendalikan situasi itu berikutan wabak H1N1 pernah berlaku di hospital itu pada 2009.

"Kita mempunyai tindakan yang perlu dan tempat rawatan perubatan bagi menghadapi wabak ini," katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.

Difahamkan ujian saringan terhadap pesakit, ibu bapa pesakit atau penjaga dan kakitangan di hospital itu sejak dua hari lalu.

Walaupun tiada pegawai kesihatan mengumumkan mengenai wabak itu, kakitangan yang telah bekerja sejak 8 Januari lalu diminta untuk menjalani ujian saringan. -mStar

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab