Georgetown: Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di pokok berhampiran sebuah kilang di Zon Industri Bebas (FIZ), Bayan Lepas jam 8 pagi tadi.
Mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Nepal sebelum itu dikatakan berjumpa dengan teman wanitanya selepas selesai kerja di kilang berhampiran.
Bagaimanapun, mereka dikatakan bergaduh sebelum lelaki terbabit nekad menggantung diri di pokok kerana terlalu kecewa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang kemudian membuat laporan polis.
"Siasatan awal mendapati mangsa kecewa dengan teman wanitanya dan mengambil tindakan membunuh diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Mayat mangsa sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya -Harian metro
KONGSI
& Komentar
Tweet