Menurut penyokong fanatik itu, kelahiran anak sulung Khairul Fahmi tidak membawa tuah yang baik kepada pasukan Kelantan.
Terkejut dan terkilan dengan comment berkenaan, Khairul Fahmi dan isterinya Leuniey Natasha telah memuatnaik status terkilan di Instagram masing-masing.
Rata-rata peminat pasangan itu mengutuk keras tindakan bodoh penyokong fanatik terbabit kerana membabitkan seorang bayi yang tidak bersalah. Kata mereka, dalam mana-mana perlawanan sukan sekalipun, menang atau kalah adalah menjadi satu adat dan pertandingan. Tidak semestinya Kelantan harus menang sepanjang perlawanan sehingga terlalu tampak 'sempurna'.
Penyokong fanatik dinasihatkan tidak membabitkan institusi keluarga pemain bola sepak kerana ini tidak menguntungkan sesiapa. Penyokong sepatutnya menerima hakikat bahawa sukan adalah untuk persaingan yang sihat dan unsur-unsur negatif tidak diperlukan dalam sukan. - MyMedialab
KONGSI
& Komentar
Tweet