Thursday 13 February 2014

Anak Yusof Haslam dilarang shooting dalam studio Finas kerana staff nak main badminton

Posted By: TTO Admin - 13.2.14

KUALA LUMPUR: Anak kepada pengarah terkemuka negara, Datuk Yusof Haslam tidak dibenar menjalankan penggambaran di salah sebuah studio di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Syafiq Yusof, 22 yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah menyuarakan kekecewaannya di laman Twitter dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pengurusan FINAS yang dianggap tidak memberi kerjasama terhadap krew filem untuk menjalankan penggambaran.

Sewaktu dihubungi Astro AWANI semalam, Syafiq berkata, beliau terpaksa mencari lokasi lain selepas beliau dan krew produksinya disuruh untuk menjalankan penggambaran di bahagian luar studio FINAS sahaja.

“FINAS adalah pusat filem, untuk anak-anak filem menjalankan penggambaran. Jika hendak menjalankan penggambaran di luar, ia memakan belanja yang besar. Sepatutnya FINAS menolong kami,” kata Syafiq.

Menurut Syafiq, beliau telah mendapat kebenaran mengadakan penggambaran di FINAS sehari sebelum kejadian tersebut berlaku, namun pada semalam, pegawai bertugas ketika itu tidak membenarkannya masuk.

"Saya nampak orang main badminton dan penuh raket badminton di sana sini. Bermain badminton lebih pentingkah daripada menjalani penggambaran? Bukankah bangunan FINAS sememangnya tempat buat krew penggambaran menjalankan tugas kami?" tambah Syafiq.


Sementara itu, pihak FINAS pagi ini memohon maaf kepada Syafiq dan krew produksinya atas kesulitan dan salah faham yang berlaku pada semalam.

Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah berkata dalam satu kenyataan bahawa teguran yang diberikan akan diambil perhatian sewajarnya.

“FINAS dengan ini akan terus komited dan utuh bekerjasama bersama penggiat industri filem tempatan dan sebarang masalah serta pandangan boleh disalurkan secara rasmi di Pengaduan Awam ISPAA atau boleh terus berhubung ke Unit Komunikasi Korporat FINAS,” katanya.

Kira-kira jam 10.50 pagi tadi, Syafiq sekali lagi menghantar tweet menyatakan isu ini telahpun diselesaikan antara beliau dan pihak Finas. -Astro Awani

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab