Sunday 16 February 2014

Panas! SUHADA AF2013 diperangkap suspek utama curi basikal

Posted By: TTO Admin - 16.2.14

Kami baru sahaja menerima satu penjelasan daripada pihak Suhada, bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013 mengenai kejadian tangkapan kes curi basikal semalam. BC Krew, profile facebook yang dimiliki oleh Borneo Crew merupakan kumpulan yang dianggotai oleh rakan dan adik Suhada mendedahkan sebenarnya Suhada telah diperguna dan diperangkap oleh suspek utama curi basikal. Jom baca penjelasan dari pihak Suhada:



PAKATAN MENJATUHKAN SUHADA

Harap maklum kes ini masih dalam penyiasatan dan sebarang komen negatif yang tidak berasas akan direkodkan untuk tindakan. 

Untuk makluman Suhada Af2013 menjadi mangsa keadaan apabila berada bersama dengan suspek utama iaitu DALANG disebalik kejadian ini yang bernama "BOY KATAK" yang mana mempunyai lebih drpd 4 rekod tangkapan polis. 

"BOY KATAK" telah memerangkap dan memperguna Suhada atas sebab dan motif tertentu,yang mana pada awal tahun lepas abang kpd suhada membuat laporan polis terhadap "Boy Katak" kerana mencuri dan membawa lari kereta abg.suhada. dan laporan kali ke dua terhadap "boy katak" kerana membuat kacau dihadapan rumah dibawah pengaruh dadah. 

Tuduhan terhadap basikal tersebut adalah tidak benar kerana suhada mampu membeli basikal tersebut dgn harga 10 kali ganda.

Sebelum ini "BOY KATAK" telah ditahan atas tuduhan melarikan wang,syabu,curi kereta dan berkerja dgn along. Kepada sesiapa yg tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kejadian ini diharap tidak tuduh meluluh dan panel peguam telah dilantik bagi pihak suhada. 

Sehubungan dengan itu,marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melindungi suhada. #tengoktvonline #ohartis #hmetro

Oleh: BC CREW

Semoga penjelasan daripada pihak Suhada AF2013 ini sedikit sebanyak akan meredakan sebarang spekulasi dan gosip media hiburan terhadap dirinya. Oleh itu, lebih baik kita mengambil pendekatan tunggu dan lihat perjalanan kes ini. -Tengok TV Online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab