Saturday 1 February 2014

Keajaiban - Bayi masih hidup selepas tertimbus dalam tanah di Syria

Posted By: TTO Admin - 1.2.14

Antara kekejaman tentera Assad di Syria pada hari ini adalah mengebom bangunan sesuka hati tanpa mengira nyawa manusia yang berlindung di dalamnya termasuk kanak-kanak.

Mungkin bagi mereka, lagi ramai yang maut lagi mudah kerja mereka.

Bagaimanapun kuasa Allah menyaksikan seorang anak kecil Syria ditemui masih hidup meskipun sudah terkambus di bawah timbunan runtuhan batu dan debu, baru-baru ini.

Hasil kerjasama orang ramai, usaha menyelamat yang diiringi laungan Allahuakbar dan hanya menggunakan tangan akhirnya berjaya membuatkan nyawa anak kecil tersebut masih panjang.

Kejadian berlaku di kejiranan Almasranih Aleppo pada 22 Januari lalu.

Nasib keluarga anak kecil yang dipercayai berlindung dalam bangunan terbabit ketika dibom tidak dapat dipastikan namun rakaman video ini amat menyentuh hati tentang nasib saudara seugama kita di sana.

Sama-samalah kita doakan, kemelut di Syria berakhir segera dengan kejatuhan pihak yang zalim. – MyNewsHub

VIDEO

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab