Kejadian jam 9 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 35 tahun dan mengajar di Politeknik, menegur suaminya yang berusia 38 tahun, kerana malas dan sering bertukar kerja.
Tak terima nasihat Lelaki berkenaan berang kerana tidak boleh menerima nasihat isterinya yang menuduh dirinya pemalas, sebelum menampar mangsa berkalikali termasuk mengugut bunuh.
Sejurus kemudian, suspek menghilangkan diri selepas melihat mangsa cedera. Mangsa yang cedera di muka bergegas ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Pernah bercerai
Sumber berkata, pasangan suami isteri itu pernah bercerai pada akhir 2010, namun rujuk dua bulan kemudian dengan harapan suaminya berubah.
Bagaimanapun katanya, lelaki itu tetap malas bekerja dan setiap kali berdepan tekanan kewangan, suspek memukul isterinya.
“Malah, lelaki itu sering berhutang hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. -Berita Harian
KONGSI
& Komentar
Tweet