Sunday, 9 February 2014

Sadis! Wanita maut leher dikelar suami

Posted By: TTO Admin - 9.2.14
Batu Pahat: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai menjadi mangsa perbuatan suaminya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Taman Setia Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Tan Wei Qi, 37, maut akibat mengalami mengalami pendarahan teruk.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 60-an, berkata, dia pergi ke rumah pasangan berkenaan jam 9 pagi selepas anak dan menantunya yang berusia lingkungan 40-an itu gagal dihubungi sejak awal pagi semalam.



“Sebaik tiba dan masuk ke rumahnya didapati Wei Qi sudah tidak sedarkan diri selain menantu juga yang berada di rumah dalam keadaan ketakutan.

“Saya menghubungi polis bagi melaporkan kejadian sebelum mereka tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Menurut Tan, dia sekeluarga terkejut dengan kejadian itu dan kali terakhir mereka bertemu pada sambutan Tahun Baru Cina pada minggu lalu.

“Ketika itu, mereka suami isteri kelihatan seperti biasa dan saya tidak mengetahui sama ada mereka mempunyai masalah atau tidak.

“Namun, menantu saya sememangnya mempunyai masalah gangguan emosi dan mental sejak dia terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu,” katanya.

Tan berkata, anak dan menantunya itu sudah berkahwin sejak lapan tahun lalu tetapi tidak mempunyai anak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya sudah menahan suspek di lokasi kejadian.

“Suspek masih berada di rumah ketika polis tiba di rumah itu.

Siasatan sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai daripada masalah berkaitan hubungan suami isteri.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. - Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab