Friday 7 February 2014

Ibu Bapa kecam sekolah rendah beri murid borang kaji selidik seks "melampau"

Posted By: TTO Admin - 7.2.14
Seremban: Sebuah sekolah kebangsaan di Nilai menerima kecaman daripada ibu bapa apabila pihak pentadbiran mengeluarkan borang kaji selidik berkaitan kesihatan seksual yang melampau.

Sumber berkata, sekolah berkenaan kini dikecam hebat ibu bapa apabila guru bertanggungjawab mengedarkan borang kaji selidik yang berunsurkan se-ks kepada murid tahun empat.

Katanya, kebanyakan ibu bapa mengadu kurang senang tindakan itu kerana bimbang soalan sedemikian merosakkan pemikiran anak mereka.

KAJI selidik mengenai kesihatan seksual yang perlu dijawab murid tahun empat.

“Pemerhatian mendapati borang diedarkan guru sekolah itu mempunyai lima muka surat tetapi soalan berbaur se-ks pada muka surat ketiga.

“Soalan yang dianggap melampau adalah mastur-basi, hubungan se-ks luar tabii, kemaluan, bertukar pasangan, tukar jantina, kehamilan dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, tidak patut pihak pengurusan mengedarkan borang kaji selidik itu kepada murid sekolah rendah.

“Difahamkan, selepas menjawab borang kaji selidik itu, murid yang pulang ke rumah bertanyakan semula soalan terbabit kepada ibu bapa hingga menimbulkan rasa kurang senang,” katanya. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab