Artikel ini adalah sambungan daripada surat pengadu kepada POS Malaysia yang disiarkan di dalam blog ini 3 hari yang lepas. Surat tersebut telah menjadi isu hangat dimana like dan share telah mencapai beribu-ribu di facebook dan media sosial lain.Untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh pengkomentar. Pengadu membuat artikel susulan beserta bukti dan kronologi dari awal isu ini berlaku;
Sebelum orang membuat kesimpulan bahawa artikel atau rungutan terbuka terhadap Pos Malaysia saya adalah fitnah. Saya kemukakan bukti-bukti terlebih dahulu sebelum anda mempercayai atau tidak.
BUKTI
1. Tracking no : EG231870736JP
Boleh cek di Japan Post : https://trackings.post.japanpost.jp/services/srv/search/direct?searchKind=S004&locale=en&reqCodeNo1=eg231870736jp
Atau pos Malaysia : http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp
Sebelum mereka padam saya print screen dahulu.
2. No. aduan Pos Malaysia PMB-A116357. Print screen sebahagian email saya.
3. Ini bukti pos dari Jepun dan resit. Beserta laporan di Jepun. Nama pengirim saya kaburkan kerana tidak mahu melibatkan beliau dan menjaga periuk nasi saya.
Tak puas hati bukti ada persoalan lagi boleh baca..
1. Barang RM20k kenapa tidak diinsurankan?
Memang salah saya tidak menginsurankan barangan saya walaupun berharga. Kerana selama 5 tahun saya menggunakan perkhidmatan EMS tiada sebarang masalah kehilangan kecuali masalah kelewatan sahaja berlaku. Bukti boleh lihat di komen feedback saya. Lihat tarikh komen
http://gajetdijepun.blogspot.com/2009/09/others-my-feedback.html
Tahun pertama dan kedua saya menginsurankan barangan saya dan mengisytiharkan barang mengikut nilai sebenar. Untuk pengetahuan, barangan kamera tidak dikenakan cukai. Namun kebiasaannya jika barang melebihi nilai RM1000 pihak kastam akan menahan secara rawak dan melambatkan proses untuk sampai ke pelanggan. Pihak pos akan memaklumkan kepada pelanggan bahawa item telah ditahan kastam dan pihak penerima akan membuka parcel didepan kastam untuk memastikan bahawa barang yang diistiharkan kamera atau tidak. Jika kamera kebiasaanya item dilepaskan tanpa sebarang bayaran, bergantung sendiri kepada pegawai kastam tersebut. Ada juga sesetengah pegawai memerlukan borang K-1 diisi, dan memerlukan bayaran RM18 untuk borang itu. Cukai sememangnya tiada!. Rujuk kastam jika meragui dakwaan saya.
Walaupun insuran tidaklah mahal tetapi kerana prosesnya yang agak rumit dan melecehkan urusan, saya telah mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan nilai sebenar untuk mempercepatkan proses penghantaran ke Malaysia. Jika tiada masalah kastam, barang akan sampai ke tangan dalam masa 3~5 hari sahaja. Dan jika ditahan melibatkan masa melebihi 1 minggu. Anda akan memahaminya sendiri jika anda menjadi pelanggan saya. Sehari bagi bisnes saya bezanya seperti 1 minggu. Saya tidak suka membuatkan pelanggan saya tertanya-tanya mengapa barang lambat sampai. Jika barang saya sampai dengan awal, modal pusingan saya jua dapat diuruskan dengan baik.
2.Tipu la sampai 20k? Takkan la barang mahal macam tu pun boleh pakai pos.
Seperti saya maklumkan terlebih dahulu. Bisnes saya melibatkan jual-beli dari ratusan sehingga mencecah belasan ribu. Lihat sendiri harga barang yang saya jual. Cukup la barangan berharga RM5000 sebanyak 4 biji sahaja sudah cukup menjadi RM20k. Dah 5 tahun saya buat kerja ini. Takkan la saya nak ulang alik naik kapal terbang kot. Tak meniagalah saya.
http://gajetdijepun.blogspot.com/2012/02/list-harga-barangan.html
3. Kenapa tidak guna syarikat lain?
Anda duduk di Jepun dan anda tahu bagaimana akses di sana. Di Toyohashi contohnya, tempat di mana saya pernah berurusan dan wakil saya sekarang berurusan, Pos Jepun ada di merata-rata tempat. 1km ke kanan, 1km ke kiri anda akan jumpa pejabat pos. Pernah saya ingin gunakan syarikat lain malangnya perkhidmatannya terhad pada kawasan tertentu. Jika ada pun perkhidmatan 'pick-up' hanya dilakukan sebanyak sekali seminggu atau 2 minggu sekali. Maka EMS adalah pilihan terbaik dari syarikat lain.
4. Kenapa tidak lapor polis /Bangkitkan hal ini sekarang?
Saya memberi tempoh kepada Pos Malaysia. Selaku agen EMS di Malaysia melakukan siasatan sendiri. Namun selepas 3 bulan tempoh diberi saya kecewa dengan jawapan mereka. 'Tidak tahu', 'Dalam siasatan' dan macam-macam lagi jawapan 'copy and paste'. Lihat kronologi bagaimana pihak Pos Malaysia berdolak-dalih terhadap masalah pelanggan.
Kronologi
Saya selaku penerima dan pemilik barangan tersebut menyedari status barangan yang dihantar pada 11/5/2013 pada tracking menunjukkan barang tidak sampai lagi ke Malaysia. Kebiasaanya paling lewat pun mengambil masa hanya 3 hari untuk sampai ke Malaysia.
Telefon talian 1300-300-300. Jawapan mengikut skrip.
Barang belum sampai Malaysia lagi. Pihak Pos Malaysia tidak bertanggungjawab kerana tidak menerima item tersebut. Maka disuruhnya pihak pengirim membuat aduan ke Pos Jepun.
Terdapat kesangsian bagaimana barang tersebut tidak sampai ke Malaysia sedangkan tracking menunjukkan 'item telah berlepas dari Jepun'. Data juga boleh diakses melalu tracking pos laju. Maka secara langsungnya pihak Pos Malaysia secara tidak rasmi, selaku ejen EMS di Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap masalah ini.
Setelah puas bertengkar dengan pos Malaysia, akhirnya mereka beralah untuk 'membuka siasatan' atas dasar 'ehsan'. Dan saya pula meminta pihak pengirim membuat aduan di pihak Jepun sebagai memenuhi kononnya prosedur pos malaysia pada 20/5/2013 (Di Jepun sekarang tahun Heisei 25). Seperti ini
Tetapi malangnya selepas 10 hari membuat aduan di Jepun tiada apa-apa kemaskini jawapan yang ditanya pihak jepun oleh pos malaysia. Ditanya kepada mereka, tidak mendapat apa-apa laporan dari pihak jepun. Bila ditanya pihak Jepun. Mereka telah menghantar fax kepada pihak Malaysia pada hari yang sama. Tidak tahu mereka menggunakan mesin fax tahun berapa. Fax sampai 11/6/2013.
Maka saya telefon 1300-300-300 lagi. Susah betul nak angkat menyebabkan saya angin satu badan. Akhirnya saya dapat cakap, jawapan masih sama. Dalam proses, maka saya meminta operator untuk ajukan ke pihak ketua operator, Hampa ketua tidak mahu jawab maka dilepaskan kepada pembantunya. Akhirnya pembantunya bersetuju untuk mengetengahkan kes ini ke peringkat lebih tinggi.
Pada tanggal 7/6/2013 ,hari jumaat pada jam 12.41 saya mendapat panggilan dari 03-2267-2267. Menurut pegawai tersebut (seorang wanita) mengatakan kali terakhir barangan itu dikemaskini adalah didalam MAS kargo. Bila ditanya nombor pesawat, diberi jawapan tidak tahu kerana menurutnya di luar akses Pos Malaysia katanya. Maka disoal bertubi-tubi adalah tidak logik syarikat besar seperti Pos Malaysia boleh memberi jawapan tidak tahu kerana akses itu bukannya susah, hanya klik sahaja data terus keluar. Itu pun tak boleh jawab. Dan secara logiknya juga dah nama syarikat Malaysia pergi manapun akan pulang ke Malaysia. Tak pergi mana pun. Boleh pula jawab tak tahu kapal tu kemana selepas tu. Akibat tidak tahan menjawab soalan cepuemas daripada saya, maka terkeluarlah perkataan yang dianggap 'kurang ajar' atau 'tiada tanggungjawab' 'lepas tangan' dari pegawai pos sendiri
'Kalau tak percaya, jangan gunakan perkhidmatan kami'
Dan seterusnya meletakkan telefon secara kurang ajar. Bila saya telefon semula, diletakkan semula.
Maka dengan layanan ini, saya tidak berpuas hati dan ingin tahu gerangan siapakah gerangan wanita misteri itu. Saya menelefon semula 1300-300-300 untuk kepastian. Tidak dapat tembusi talian maka saya emelkan ke care@pos.com.my namun tiada respon.
Lepas solat jumaat baru dapat tembusi talian. Itu pun sudah petang. Maka saya memberi amaran kepada pos malaysia agar sesiapa yang berkenan menelefon saya dan meminta maaf pada hari yang sama dan memberitahu siapakah gerangan wanita tersebut. Malangnya selepas menunggu sekian lamanya, barulah mendapat panggilan dari seorang lelaki yang mengaku dari Customer Care meminta maaf. Bila ditanya siapakah yang menelefon saya. Jawapan macam biasa 'masih dalam siasatan'. Sebenarnya kalau ikut logiknya, mesti ada rekod, tanggungjawab siapa yang perlu telefon saya sudah termaktub. Maka namanya sepantas kilat boleh diketahui. Siapa gerangan wanita tersebut? Ada dalam perenggan seterusnya.
Dalam tempoh 1 bulan seterusnya api kemarahan saya sudah reda. Saya beri peluang untuk pos malaysia. Sebelum bulan puasa jika tidak silap saya, Puan Shamsila di talian 03-2267-2267 meminta saya meneruskan tuntutan insuran di Jepun (walau tak diisurankan, barangan yang harga bawah 20,000 yen=RM700 dapat gantirugi.. Saya bertegas tidak mahu insuran sehingga siasatan selesai tetapi dengan nada paksaan terpaksa menerima kerana ungkapan 'ambil atau tak dapat apa-apa langsung'. Selepas 2~3 minggu, saya mendapat pampasan dalam RM800 termasuk kos pos untuk barangan dari pos japan.
Oleh sebab terlalu lama maka saya menghantar emel kepada care@pos.com.my lagi untuk pertanyaan mengenai bagaimana barangan saya boleh hilang. Dan diberi jawapan ini.
Maka seminggu sebelum raya saya ada menelefon semula Puan Shamsila tetapi beliau tiada dan dijawab oleh Puan/Cik Akma. Saya meminta kepadanya untuk membuat laporan bertulis dan berjanji akan memaklumkan kepada Puan Shamsila. Bila ditanya adakah barang telah sampai ke Malaysia dengan jujur atau tanpa selindung atau tidak tahu apa yang Puan Shamsila 'ingin rahsiakan' dia menjawab.
Barang dah pasti sampai ke Malaysia.
Ok selepas raya, saya tidak mendapat sebarang panggilan dari Puan Shamsila. Maka saya menelefonnya semula. Terkejut juga dimaklumkan siasatan telah ditutup. Ingatkan kes masih dalam siasatan, rupa-rupanya kes sudah ditutup, sebab dah bayar insuran. Wah senangnya patutla suruh tuntut insuran cepat. Dan permintaan saya sebelum raya diendahkan sama sekali. Alasannya :
Saya sudah tutup kes sebab dah bayar insuran. Kes dianggap selesai.
Maka saya dengan tidak berpuas hati bertanya lagi. Mana laporannya. Takkan hilang macam itu sahaja? Dan ini pula jawapan bodoh dari beliau.
Kes dah tutup, jadi saya tiada maklumat pasal kes tu la. Kena buka balik siasatan.
Maka terpaksalah saya bagi ruang lagi kepada Puan Shamsila ni cari balik fail-failnya yang 'hilang'. Seminggu juga menanti jawapan, akhirnya saya telefon semula. Dan jawapan diberi 'Tidak tahu hilang kemana'. Ditanya lagi
Siapakah kali terakhir menguruskan item saya, tiada jawapan diberi kerana alasan itu bukan hak pelanggan untuk tahu. Saya bertegas inginkan jawapan untuk menyiasat sendiri pihak manakah yang mengendalikan barangan saya tetapi tidak juga diberitahu atas alasan sama. 'Pelanggan tidak boleh tahu'. Dengan nada ingin meletak telefon dengan cepat,
Cik kalau cik siasat sendiri, saya takde kerjalah
Haha. Dah 3 bulan tak buat kerja boleh pulak dia tanya soalan macam tu. Sambungan lagi dari beliau.
CIk kalau tak puas hati kena buat laporan ke Pos Jepun. Suruh pengirim yang buat laporan kata tak puas hati.
Lepas tu letak telefon. Oh! Baru saya perasan siapakah gerangan wanita yang mengungkap ungkapan misteri 'Kalau tak percaya, jangan gunakan perkhidmatan kami' itu siapa.
Dan jawapan mereka sama seperti biasa
Maka dengan tempoh yang diberi saya tamat tempoh maka saya isytiharkan perang maya kepada pegawai-pegawai terbabit khususnya pihak atasan Pos Malaysia kerana seolah-olah menutup kes ini untuk menjaga nama baik pos, atau ingin melindungi 'orang dalam', atau juga 'lepas tangan' sehingga saya mendapat jawapan bertulis maklumat kehilangan barangan saya secara terperinci, dan terungkai 'misteri siapa dalangnya' dari pihak pos malaysia sendiri serta permohonan maaf.
Sebagai langkah awal saya sudah sebarkan surat terbuka ini.
https://www.facebook.com/gajetdijepun/posts/10151552505405766
Oh ya tengok jawapan bertulis dari Pos Malaysia. Jawapan yang saya rasa tak perlu surat pun tak mengapa. Kalau sekadar 'tidak dapat dikesan' 3 bulan lepas saya dah tahu. Eh kalau saya laporkan ke Jepun pun balik-balik pusing pos malaysia la pasal barang dah pasti di Malaysia. Jawapan bodoh seperti ini tidak perlu dihantar kepada saya.
Dan saya sudah tahu siapakan gerangan ketua Hab Antarabangsa Pos Malaysia KLIA. 90% tekaan saya boleh dikatakan tepat. Lihat pada lokasi tidak jauh dari KLIA. Tengok tahap pendidikan elok la jadi ketua. Lihat usia elokla jadi ketua. Yang penting lihat tempat kerja dia. Pos malaysia kan.Tapi jika tidak tepat sekali pun selaku warga Pos Malaysia sipi-sipi pun boleh la kan? Sila adukan ke pihak atasan pos jika anda bukan orangnya. Studi New Zealand boleh la jadi ketua. Elok la tu walaupun kerja cincai.
Siapa boleh tag? https://www.facebook.com/affendi.abdulaziz?fref=ts
Saya tak kisah silap nama sebab nama saya panjang 'malas' nak taip. Alamat pun salah ni lain cerita la. C37 dengan P37 lain tu bro. Nasib baik anak buah bro pandai cari. Terima kasih kat dia. Keja posmen yang berpanas terik pun tahu buat kerja elok-elok. Bro dalam aircond buat apa. Kesimpulan kerja bro memang cincai la. Jawapan barang tak dapat dikesan tu saya dah tau lama. Tak perlu hantar surat pun takpa. Yang saya nak tahu macam mana boleh hilang bro.
Dan siapakah gerangan puan Shamsila 'wanita misteri penuh rahsia'
https://www.facebook.com/shamsila.shamsila
Lihat lokasi KL, dekat la dengan kompleks daya bumi dekat Masjid Negara tu. Kerja dekat mana? Dah ditulis. Kalau saya silap orang pun sebab dah nama warga pos kena tanggungjawab jugalah sebab nama dah sama.
Saya tidak akan putus asa.
Perjuangan saya bukan untuk saya sahaja. Malah pengguna lain yang tertindas. Nilai RM20k mungkin sudah lesap kerana 3 bulan berdolak dalih oleh pihak pos. Sempat la nak enjoy perlahan-lahan. Ingat, saya masih menggunakan Pos Malaysia sehingga hari ini walaupun saya tahu perangai sebilangan kecil meraka yang tidak ikhlas dalam bekerja. Juga kerana pekerjanya boleh dikatakan hampir semua anak bangsa sendiri kalau tidak bantu siapa lagi nak bantu. Tetapi disebabkan sifat sambil lewa sesetengah pekerja terutamanya ketua adalah tidak wajar sekali. Elok buang sahaja nila ini dari merosakkan susu sebelanga.
頑張りましょう!!
LINK - ARTIKEL SURAT PENGADU KEPADA POS MALAYSIA
KONGSI
& Komentar
Tweet