Friday, 29 May 2015

"Sushi King tiada status halal setakat ini" - JAKIM

Posted By: TTO Admin - 29.5.15

Beberapa hari lalu, isu penarikan balik sijil halal Restoran Secret Recipe hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. JAKIM dalam siaran medianya mengatakan punca sebenar penarikan itu adalah kerana Secret Recipe gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan. Dengan kata lain pengendalian makanan di Restoran itu adalah kotor.

Namun, isu baru timbul apabila Restoran Sushi King, restoran yang menyediakan makanan jepun dan sering dikunjungi oleh ramai umat Islam di Malaysia pula didakwa tiada status halal. Jawapan itu diberikan melalui Twitter @Jakim_Official setelah ditanya pengguna twitter lain.


Walaubagaimanapun, tidak pula dijelaskan sebab restoran itu tidak memiliki status halal. Umum mengetahui restoran makanan Jepun selalunya menghidangkan arak bersama-sama menu mereka. Sebab itu lah kebanyakan restoran makanan Jepun hanya menyatakan restoran mereka tidak menghidangkan daging babi atau lebih dikenali dengan sign "Serve No Pork" ataupun "Pork Free".

Apapun, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati apabila memilih makanan yang halal. Halal bukan hanya daripada makanan yang disediakan malah turut merangkumi banyak aspek seperti kebersihan. Adalah lebih baik kita mengikut panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab iaitu pihak JAKIM sendiri.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab