Tuesday 26 May 2015

Mengagumkan! Ladang LED di Jepun ini hasilkan 10,000 salad sehari! (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 26.5.15


Mengagumkan ladang LED ini menghasilkan 10,000 salad sehari!

Mari belajar dari Jepun, sebuah ladang tertutup menghasilkan 10,000 salad sehari dan menggunakan 99% kurang air berbanding ladang terbuka.

Kita telah mula belajar mengenai pertanian dan cuba meningkatkan teknik pengeluaran hasil sejak beribu tahun dahulu.

Sebaik mana pun sistem ladang terbuka, ia tetap terdedah kepada ketidaktentuan cuaca dan bencana alam. Namun, kita boleh mengurangkan risiko itu.

Dengan bantuan teknologi lampu LED dan sistem aquaphonic, Jepun menunjukkan kepada kita teknik terbaik dan produktif menghasilkan tuaian yang berlipat kali ganda.

Shigeharu Shimamura memulakan usaha merevolusikan pertanian industri dari ladang ke dalam bangunan, di Timur Jepun yang teruk dilanda tsunami pada 2011.

Shimamura asalnya bekerja sebagai jurutera Sony Corporation di kilang semikonductor, kini memiliki ladang LED terbesar dunia.

Menggunakan LED dari General Electric dia meningkatkan pembesaran sayuran dengan menyelaraskan kadar pemancaran gelombang cahaya.

Ladang yang hanya sebesar separuh padang bola sepak itu menghasilkan 10,000 selad sehari. "Saya belajar cara menanam sayuran dengan kaedah terbaik secara biologi dan mengintegrasikannya dengan peralatan dan teknologi bagi meningkatkan hasilnya."

Ladang moden itu menggunakan 17,500 LED yang dipancarkan ke atas 18 rak bertingkat setinggi 15 tingkat.

Kunci kejayaan ladang ini ialah LED. Shimamura mempunyai keupayaan melaraskan tahap pengcahayaan sesuai dengan tumbesaran sayur mengikut kitaran siang dan kitaran malam.

"Kita tidak boleh menambah bilangan hari pengcahayaan kepada 24 jam terus menerus, tetapi kita perlu mendapatkan kombinasi masa terbaik bagi fotosentisis pada siang hari dan pernafasan pada malam hari, dengan mengawal cahaya dan persekitarannya."

Sistem itu mampu menghasilkan salad penuh vitamin dan mineral dua setengah kali lebih pantas berbanding ladang biasa.

Kadar penghasilan 90% berbanding ladang biasa yang hanya 50%. Setiap kaki persegi menghasilkan 100 salad katanya.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab