Sunday, 3 May 2015

Pemandu Myvi (FMC) buat laporan Polis, dakwa mangsa punca kemalangan

Posted By: TTO Admin - 3.5.15


Seorang pemandu Myvi yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Duke membuat laporan Polis di sini untuk menerangkan kejadian itu mengikut cerita di pihaknya.

Pemandu wanita kereta Myvi itu, Siti Noor Aini binti Mohd Said yang didakwa melanggar kereta Pajero sehingga keluarga 3 beranak tercampak keluar mengatakan bahawa punca sebenar kejadian itu apabila Pajero dipandu mangsa tiba-tiba menukar lorong sehingga membuatkan kereta Myvi dipandunya terbabas dan hilang kawalan.
"Pada 2/5/2015 jam lebih kurang 3 pagi semasa saya sedang memandu Motokar No W5192F dari Danau Kota menuju Mont Kiara, semasa saya berada di Duke Highway, saya memandu di lorong kanan. Saya merasakan sebuah Motokar jenis Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan."

"Akibat dari itu kenderaan saya telah terbabas dan kenderaan saya hilang kawalan. Selepas itu saya sedar saya berada di atas jalan raya mengalami kecederaan pada mulut (terkoyak), peha kanan dan tangan kiri,"

"Saya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan diberi cuti 3 hari cuti sakit serta rawatan susulan, manakala kerosakan bumper belakang, tayar kiri belakang serta lain-lain kerosakan belum dapat dipastikan."
Kejadian itu berlaku ketika ulang tahun kelahiran Siti Noor Aini.

Melalui satu screenshot perbualan whatsapp yang tersebar juga mengatakan Pajero itu mengubah haluan secara mengejut dan dapat dilihat melalui CCTV:


Walaubagaimanapun, penjelasan di pihak Myvi FMC ini masih tidak dapat diterima oleh Netizen. Mereka mengatakan tidak adil untuk meletakkan kesalahan pada mangsa yang telah meninggal dunia.


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab