Saturday, 23 May 2015

Bayi baru dua hari dilahirkan dipaksa berjalan (Video)

Posted By: TTO Admin - 23.5.15

Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.

Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.

Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.

Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.

Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.

Difahamkan setelah tersebar video itu, pihak berkuasa telah menjejaki rumah keluarga bayi itu dan terus membawanya ke hospital untuk diberikan rawatan yang sewajarnya.

Rakesh Kumar, seorang pegawai di Morigaon, India , berkata: "Bayi itu mengalami demam, tetapi kini dalam keadaan sihat."

Menurut laporan itu lagi, dua wanita telah ditahan termasuk dukun tersebut.

Amaran turut diberikan kepada ibu-ibu mengandung untuk mengelakkan mengambil jalan seperti itu dan kerajaan turut merancang untuk melaksanakan kempen kesedaran kepada orang awam.

Lihat Video:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab