Kisah ini dikongsikan oleh Puan Ummu Haira. Semoga memberi sedikit pengajaran kepada semua. Baca lagi
Viral sudah SubhanAllah. Semoga kisah ketabahannya dijadikan iktibar.
Ketika suami mengkhabarkan bahawa Maryam Farihah sudah tiada awal pagi semalam saya sangat terkejut. Segera mencapai phone dan membacanya di group whatsapp family. Anak Syurga yang belum sempat kami semua tatap wajahnya kerana dimasukkan ke NICU sejurus selepas dilahirkan
Ibu muda yang tabah ini merupakan adik keenam suami. Baru berusia 22 tahun dan masih belajar di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia menangguhkan semester kerana pulang ke Malaysia dan bercadang untuk bersalin di sini.
Takdir Allah, ketika usia kandungannya baru 29 minggu lebih dua anak kecil di dalam kandungannya sudah menunjukkan tanda tanda mahu menjengah ke dunia. Suaminya ketika itu masih di Mesir menduduki exam sebelum pulang ke Malaysia.
Dengan seorang diri tanpa suami di sisi menemani ketika dia sedang sakit contraction membuatkan saya kagum akan ketabahan dan semangatnya apatah lagi itu adalah anak pertama dan kedua mereka. Dengan izin Allah dia selamat melahirkan dua orang puteri secara normal. Kedua duanya dimasukkan ke NICU kerana pramatang dan akan dipantau rapi.
Saban hari si ibu berusaha untuk menziarahi anak kembarnya walaupun masih dalam pantang.
Awal pagi semalam dia mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan anaknya yang pertama Maryam Farihah sudah tenat. Bergegas dia ke hospital dan di sana para doktor sedang berusaha menyelamatkan anaknya. Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Anaknya itu pergi buat selamanya di depan matanya. Sebab kematian adalah berlakunya jangkitan dan pendarahan dalam otak iaitu komplikasi yang boleh berlaku kepada bayi pramatang.
Ketika menyapanya di whatsapp, katanya dia sudah redha dan tenang dengan pemergian anak Syurganya. Dia dan suaminya sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi segala kemungkinan ini.
Alhamdulillah dia memang seorang yang sangat tabah. Kagum dengan dirinya kerana diri ini tidak pasti akan sekuat dirinya atau tidak sekiranya diuji sebegitu.
Doakan kembar keduanya Marsya Farihah yang masih di NICU kuat dan sihat sepertimana mamanya yang kuat dan tabah ini :')
11 May at 01:50
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Isteri saya baru melahirkan dua puteri kami pagi ini , 11 Mei 2015. Bayi pertama pada jam 5:41 pagi dan bayi kedua tepat jam 5:47 pagi. Mohon teruskan berdoa agar kedua-dua anak ini diberi kesihatan yang baik dan membesar sebagai anak-anak yang solehah mentaati suruhan Allah.
Babies diletakkan dalam perhatian wad NICU kerana terlalu comel
smile emoticon
(dilahirkan pada minggu ke 29)
Anak-anak baba mama kuat-kuat semua!
17 May at 14:40
Bismillah.
Maha suci Allah, Tuhan yang mencipta segala sesuatu di atas muka bumi. Tuhan yang menciptakan tanah, angin, langit, tumbuhan, cahaya, dan perasaan. Bahkan Dia turut mencipta manusia di dalam tubuh seorang manusia.
Sungguh, maha suci Allah yang menciptakan dua permata yang membenih dalam tubuh seorang manusia.
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-7 kelahiran dua puteri kami. Juga hari ke-7 keberadaan mereka berdua dalam perhatian wad NICU disebabkan kelahiran yang sedikit awal.
Mohon didoakan kedua-dua anak kembar ini agar dikurniakan kesihatan yang baik, cepat-cepat boleh balik jumpa atok dan nenek, dan membesar dengan ceria sebagai hamba Allah dan anak yang taat.
Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak.
Marsya Farihah binti Abdullah Mubarak.
24 May at 00:11
Anak pertama kami, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak kembali menghadap ilahi setelah 14 hari singgah di dunia.
Al Fatihah.
25 May
Maryam anak baba.
hanya 14 hari singgah di dunia, satu Malaysia di'sentuh' Maryam
Al-Fatihah
KONGSI
& Komentar
Tweet