Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video porn0grafi kanak-kanak.
Nor Nordin, yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College, salah sebuah kolej paling berprestij di London, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis, untuk sejumlah 13 kesalahan.
Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan bahan tersebut'.
Turut dilaporkan bahawa dia berdepan dengan kemungkinan dihantar pulang serta-merta setelah dibebaskan dari penjara.
Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'.
Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan se ks dengan kanak-kanak.
Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif KOnstable Sara Keane dari Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran gambar dan video.
"Nor Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya.
Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana jumlah imej dan 'kandungan membimbangkan' yang menjadi miliknya.
KONGSI
& Komentar
Tweet