Thursday, 7 May 2015

Muka bayi 5 bulan cedera digigit, dicakar dalam jagaan pengasuh (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 7.5.15

KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia lima bulan cedera di muka, tangan dan telinga dipercayai digigit dan dicakar ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah taska di Pandan Indah, semalam. 

Nur Ameena Nabila mengalami luka pada hampir keseluruhan wajahnya, selain di pergelangan tangan kanan dan telinga. 

Bapa bayi itu, Ahmad Mat Seman, 44, berkata kejadian diketahuinya selepas dimaklumkan pengasuh yang menghubungi isterinya, Izurni Ibrahim, 38, pada jam 1.45 petang yang meminta mengambil anaknya.  

"Sebaik tiba, saya terkejut melihat keadaan anak yang penuh luka kesan gigitan dan calar. 

"Saya kemudian meminta penjelasan daripada wanita itu dan dia hanya memberitahu anak saya digigit dan dicakar kanak-kanak lain ketika sedang membancuh susu," katanya ketika dihubungi BH.

Ahmad mendakwa, kejadian kemungkinan berlaku lebih sejam sebelum pengasuh menghubunginya berikutan terdapat kesan darah kering pada telinga dan selimut anaknya. 

Susulan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah sebelum membawa anaknya ke Hospital Ampang, untuk menerima rawatan. -Berita Harian

Lagi Gambar:


NUR Ameena Nabila mengalami luka pada hampir keseluruhan wajahnya, selain di pergelangan tangan kanan dan telinga.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab