Sunday 20 July 2014

Sayu: Suara pramugara #MH17 nyanyi lagi Dendang Perantau didedahkan! #justiceformh17

Posted By: TTO Admin - 20.7.14
Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya.  Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur.


Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.

Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun - perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan.


Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingat Noradziah ialah, “kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang”.

Tetapi kali ini - kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17.

Dengar Rakaman Suara Shaikh Mohd Noor




 Shaikh Mohd Noor

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab