2 Gambar 3 remaja dibelasah didakwa tidak berpuasa di dua lokasi berlainan dimuatnaik oleh sebuah page Facebook dengan nama Pertubuhan Kongsi Galap Melayu.
Namun sejauh mana kebenaran gambar tersebut tidak dapat dipastikan kerana Admin page itu tidak mendedahkan butir-butir lanjut kejadian. Hanya satu gambar lokasi dikatakan berlaku di Jerlun, Perak.
Page yang mempunyai pengikut seramai 6525 orang itu aktif menyebarkan gambar-gambar dan status berbentuk provokasi. Namun, page itu mendapat respon negatif apabila rata-rata komen yang diberikan pengguna media sosial dilihat menghentam admin page tersebut.
Jika perbuatan seperti dalam gambar itu benar, tindakan mereka menghukum orang awam sewenang-wenangnya tanpa merujuk pihak berkuasa tidak boleh diterima dalam institusi kemasyarakatan di negara kita. Diharap Pihak Polis dan SKMM dapat menyiasat dan memantau seterusnya menutup page-page radikal seperti ini.
KONGSI
& Komentar
Tweet