Gambar seorang gadis maut selepas lif pemunggah barang menghempap kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai ubat pada 7.20 petang kelmarin tersebar di media sosial.
Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun, Noor Syarmila Abu (gambar)meninggal dunia di tempat kejadian pakibat pendarahan teruk di kepala.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah dari lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu setinggi kira-kira 4.5 meter dan pada masa sama dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.
Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Bersia Lama semalam selepas dibedah siasat di Hospital Gerik.
Ibu mangsa Radziyah Khamis, 61 berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan adik beradik lain ketika mahu menunggang motosikal ke tempat kerjanya kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.
Sumber: FB Bomba Malaysia
Syarmila baru sebulan bekerja sambilan di kedai itu sebelum dia dijangka memasuki universiti pada September depan selepas menamatkan kursus matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak.
Mak cik terkedu sebaik mengetahui dia mengalami kemalangan itu pada jam 8 malam selepas diberitahu seorang saudara yang bekerja di kedai berhampiran.
Pada mulanya makcik menyangka hanya cedera ringan tetapi tidak sangka ia membawa maut, katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Radziyah berkata, dia terkilan kerana Noor Syarmila bukan saja tidak sempat berhari raya. Baju raya yang ditempah daripada kakaknya juga hampir siap, malah dia anak harapan keluarga belajar sehingga ke universiti.
Dia reda dengan kejadian yang berlaku beberapa hari menjelang ketibaan Aidilfitri.
KONGSI
& Komentar
Tweet