Siapa yang tidak kenal dengan Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada Negarawan dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Dengan peribadinya yang disanjung tinggi, beliau sememangnya tunjang kejayaan yang dibawa oleh suami beliau dalam membangunkan Malaysia.
Dua gambar terkini yang tersebar di media sosial mengejutkan ramai orang apabila Tun Dr. Siti Hasmah sudah mula mengenakan tudung dalam satu Majlis Berbuka Puasa.
Tidak kurang yang memuji tindakan beliau. Walaupun sudah menjelang usia senja, Tun Dr. Siti Hasmah berani berubah kearah yang lebih baik. Semoga menjadi contoh ikutan kepada kaum hawa di Malaysia.
KONGSI
& Komentar
Tweet