Banyak sungguh rintangan yang dilalui oleh saudara baru, Felixia Yap sejak dari pengumuman tarikh beliau ingin memeluk islam lagi.
Melalui temubual di radio Era, Felixia Yap mengatakan beliau telah disisih oleh ramai rakan-rakannya terdahulu kerana beliau didakwa ingin menjadi Melayu walhal beliau sebenarnya hanya mahu menjadi orang Islam.
Tidak cukup dengan itu, Felixia turut mendapat kejian di laman sosial melalui komen beberapa pengguna Facebook pada statusnya yang seakan tidak berpuas hati dengan publisiti yang diterima oleh beliau
Seperti contoh di bawah printscreen salah seorang pengomen Facebook:
Walaubagaimanapun hanya segelintir golongan yang berfikiran seperti itu, masih ramai rakyat Malaysia yang menyokong dan mempertahankan Felixia. Malah beliau turut mengatakan ibunya sendiri menerima beliau seadanya kerana sudah melihat beliau menjadi seorang yang lebih baik.
KONGSI
& Komentar
Tweet