Tuesday, 8 July 2014

Luahan hati Ibu remaja dibelasah bapa sampai mati kerana mahu kerja

Posted By: TTO Admin - 8.7.14


“Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”

Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.

Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.

Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.

“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.

"Saya tidak tahu apa salah arwah kerana suami sering mencari salah dan memarahinya hanya disebabkan perkara kecil, malah suami menuduh saya menyayangi arwah lebih daripada anak lain sedangkan sebagai ibu, sayang saya kepada semua anak sama," katanya ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka

"Suami memang mempunyai sikap baran, tetapi saya tidak sangka selepas Hafiz memaklumkan sendiri hasrat itu, suami naik berang dan bertindak memukulnya sehingga meninggal dunia"

"Malah, suami bersikap lepas tangan tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak kami" Katanya lagi. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab