Thursday, 17 July 2014

"Haram" hukum sebar gambar & butiran wanita #CDM25 - Ustaz Zaharuddin

Posted By: TTO Admin - 17.7.14
Ilmuan agama terkenal, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman tampil mengulas berita viral yang berlaku semalam mengenai wanita peugeot CDM25 di dalam posting terbaru Facebook miliknya.


Berdosa Sebar Aib Peribadi & Mengutuknya Di Awam

HARAM hukumnya menyebarkan gambar dan butiran peribadi wanita yang terlibat dalam perlanggaran kecil di Kuantan tempohari. Jika keaiban itu TIDAK melibatkan maslahat awam maka TIDAK BOLEH disebarkan di awam. Jika melibatkan urusan pentadbiran awam dan kepentingan mereka, maka barulah wujud keharusan. Iaitu bagi tujuan meyekat kezaliman ke atas kepentingan ramai.

Apakah penyakit yang melanda manusia sehingga seolah tiada langsung kewarasan memikirkan kesan jangka panjang terhadap wanita & keluarganya? Memang dia bersalah namun seseorang itu sentiasa boleh meminta maaf atas kesalahan NAMUN penyebaran luas & membuat gambar lucu berkenaannya adalah DOSA & PASTI akan merosak Ramadhan para pengutuk dan menyebar.

Isu pelanggaran tersebut memang kecil namun melihat respon dan reaksi negatif awam terhadap kes tersebut, itu yang BESAR & LEBIH membimbangkan berbanding tindakan agresif individu wanita itu dalam kesnya.

-Ustaz Dr. Zaharuddin

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab