Wednesday 2 July 2014

9 Gambar terowong di simpang empat Jalan Imbi runtuh

Posted By: TTO Admin - 2.7.14
Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan. - Bernama









KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab