Saturday, 26 July 2014

Pendedahan sumbangan ASTRO kepada Zionis Israel terbongkar!

Posted By: TTO Admin - 26.7.14

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang emar merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan, ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut,

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO. ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan. ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.



Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.

Sumber Pendedahan

Friday, 25 July 2014

Raja Muda Selangor didakwa murtad. Ini cerita sebenar!

Posted By: TTO Admin - 25.7.14

Gempar hari ini Media Sosial apabila satu berita mengejutkan mengenai Putera kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang diterbitkan oleh laman berita Antarabangsa, WorldNewsDailyReport tersebar dan menjadi viral.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah didakwa telah murtad ke Agama Kristian Katolik kerana mahu berkahwin dengan Super Model Sepanyol bernama Cristina Gomez yang baru berumur 16 tahun.

Artikel dakwaan oleh WorldNewsDailyReport

Malah, Raja Muda dikatakan telah dibaptiskan minggu ini dan akan berkahwin di Gereja Santa Maria di Braga, Portugal.

NAMUN...

Dakwaan itu semua adalah Fitnah semata-mata... 

Laman berita WorldNewsDailyReport.com adalah sebuah laman web yang menyiarkan berita-berita palsu dan cerita-cerita satira di serata dunia. Laman terkenal About.com dalam satu artikelnya "Don't Be Fooled! A Guide to Fake News Websites" turut menyenaraikan laman web WordNewsDailyReport.com sebagai sebuah laman berita palsu.


Melalui carian di twitter juga. Seorang pengguna media sosial menyatakan rasa terkejutnya terhadap berita itu kerana beliau baru sahaja terserempak dengan Raja Muda menunaikan Terawih pada 2 hari lalu!


Apa yang menarik dalam penemuan kami, WorldNewsDailyReport.com sebenarnya dimiliki oleh seorang warga berketurunan Amerika Yahudi Zionist dan berpangkalan di Tel Aviv, ibu negara Israel. Melalui maklumat itu, sudah cukup untuk kita mengesyaki motif buruk si penulis terhadap Institusi Raja yang menjadi penaung agama Islam di negara ini.


Mungkin ramai yang telah mempercayai berita karut seperti ini memandangkan ia dikeluarkan oleh sebuah laman web berbahasa Inggeris dan berasal dari Luar Negara. Namun, mentaliti seperti itu harus dibuang dan menjadi tugas kita untuk mendidik diri agar memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.


UPDATE: Berita dari Istana Selangor - Tengku Muda akan bersembahyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong hari ini sempena Hari Pahlawan. Baginda Sultan murka dengan perkara ini dan sudah memaklumkan kepada IGP. Baginda Sultan juga akan menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Thursday, 24 July 2014

Pesawat Air Algerie bawa 110 penumpang hilang dari radar!

Posted By: TTO Admin - 24.7.14

Pesawat Penumpang Airbus A320 milik Air Algerie Flight AH5017  hilang dari radar setelah terputus hubungan selepas 50 minit berlepas dari Ouagadougou, Bukina Faso ke Algiers.

Menurut laporan AFP, Syarikat penerbangan itu telah mengerakkan pelan kecemasan untuk mencari pesawat AH5017.

Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang beserta 6 orang anak kapal.


Pengusaha Taska Temanku dakwa difitnah, mahu ambil tindakan undang-undang

Posted By: TTO Admin - 24.7.14

Berikutan penyebaran artikel pendedahan oleh seorang ibu di Facebook yang mendakwa anaknya dianiaya Taska Temanku, Menara PJD di media sosial dan blog-blog, pengusaha taska yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 45 tampil menjawab bahawa tuduhan yang tersebar.

Melalui Akhbar Metro, Razman mendakwa pendedahan itu adalah satu fitnah berikutan salah faham yang berlaku sebelum ini dengan penjaga bayi tersebut.

“Saya seolah-olah menjadi mangsa buli media sosial berikutan dakwaan itu tidak berasas dan sengaja disebarkan bekas pelanggannya susulan salah faham berlaku sebelum ini.

“Perniagaan pusat jagaan kanak-kanak milik saya hampir bangkrap berikutan tindakan individu menyebarkan fitnah kononnya kami mendera anak pelanggan dengan membalut tubuh mereka seperti mumia,”

“Pelanggan itu pernah menghantar anaknya ke sini, namun tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara. Dia menyebarkan maklumat tidak benar sekaligus meraih simpati ramai,”

Menurutnya, individu terbabit turut memuat naik gambar melalui laman sosial Facebook mendakwa pengasuh di taska miliknya sengaja menulis perkataan babi pada lampin dipakai kanak-kanak jagaan mereka.

Menurutnya, kecaman tidak berasas itu yang ditokok tambah mendakwa pengasuh taska membalut keseluruhan anaknya dengan kain dan hanya menampakkan mata dan rambut.

Razman juga mengatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan reputasi perniagaannya jatuh merudum.

"Kami sedia ditegur namun perbuatan menfitnah ini terlalu berat untuk diterima" Luah beliau lagi.

Beliau juga sudah membuat laporan Polis di balai Polis Setapak, Selangor.


5 Gambar Pesawat Transasia Airways terhempas, 47 maut!

Posted By: TTO Admin - 24.7.14

Pesawat Transasia Airways terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Taiwan hari ini. 47 penumpang dikhuatiri terkorban, manakala 11 disahkan selamat.

Menurut laporan agensi berita Taiwan, pesawat tersebut melakukan 2 kali percubaan untuk mendarat di dalam cuaca ribut pada ketika itu. Xinhua melaporkan nahas itu berlaku di daerah Penghu.

Lagi gambar:


Wednesday, 23 July 2014

Punca gadis maut kepala tersepit lif di Gerik

Posted By: TTO Admin - 23.7.14

Gambar seorang gadis maut selepas lif pemunggah barang menghempap kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai ubat pada 7.20 petang kelmarin tersebar di media sosial.

Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun, Noor Syarmila Abu (gambar)meninggal dunia di tempat kejadian pakibat pendarahan teruk di kepala.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah dari lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu setinggi kira-kira 4.5 meter dan pada masa sama dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Bersia Lama semalam selepas dibedah siasat di Hospital Gerik.

Ibu mangsa Radziyah Khamis, 61 berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan adik beradik lain ketika mahu menunggang motosikal ke tempat kerjanya kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Sumber: FB Bomba Malaysia

Syarmila baru sebulan bekerja sambilan di kedai itu sebelum dia dijangka memasuki universiti pada September depan selepas menamatkan kursus matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak.

Mak cik terkedu sebaik mengetahui dia mengalami kemalangan itu pada jam 8 malam selepas diberitahu seorang saudara yang bekerja di kedai berhampiran.

Pada mulanya makcik menyangka hanya cedera ringan tetapi tidak sangka ia membawa maut, katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Radziyah berkata, dia terkilan kerana Noor Syarmila bukan saja tidak sempat berhari raya. Baju raya yang ditempah daripada kakaknya juga hampir siap, malah dia anak harapan keluarga belajar sehingga ke universiti.

Dia reda dengan kejadian yang berlaku beberapa hari menjelang ketibaan Aidilfitri.

Tuesday, 22 July 2014

Hukuman Kiki #CDM25 - Kerja kemasyarakatan, denda RM5000!

Posted By: TTO Admin - 22.7.14

Kuantan: Mahkamah Sesyen Kuantan memerintahkan Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30,

melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68, minggu lalu.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Wanita didakwa melakukannya di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, kira-kira jam 1.10 tengahari, pada 14 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan tindakan ganas seorang wanita membuli warga emas selelas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan.

Monday, 21 July 2014

2 Gambar 3 remaja dibelasah ahli kongsi gelap gara-gara tidak puasa?

Posted By: TTO Admin - 21.7.14

2 Gambar 3 remaja dibelasah didakwa tidak berpuasa di dua lokasi berlainan dimuatnaik oleh sebuah page Facebook dengan nama Pertubuhan Kongsi Galap Melayu.

Namun sejauh mana kebenaran gambar tersebut tidak dapat dipastikan kerana Admin page itu tidak mendedahkan butir-butir lanjut kejadian. Hanya satu gambar lokasi dikatakan berlaku di Jerlun, Perak.


Page yang mempunyai pengikut seramai 6525 orang itu aktif menyebarkan gambar-gambar dan status berbentuk provokasi. Namun, page itu mendapat respon negatif apabila rata-rata komen yang diberikan pengguna media sosial dilihat menghentam admin page tersebut.

Jika perbuatan seperti dalam gambar itu benar, tindakan mereka menghukum orang awam sewenang-wenangnya tanpa merujuk pihak berkuasa tidak boleh diterima dalam institusi kemasyarakatan di negara kita. Diharap Pihak Polis dan SKMM dapat menyiasat dan memantau seterusnya menutup page-page radikal seperti ini.



Sunday, 20 July 2014

Sayu: Suara pramugara #MH17 nyanyi lagi Dendang Perantau didedahkan! #justiceformh17

Posted By: TTO Admin - 20.7.14
Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya.  Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur.


Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.

Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun - perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan.


Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingat Noradziah ialah, “kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang”.

Tetapi kali ini - kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17.

Dengar Rakaman Suara Shaikh Mohd Noor




 Shaikh Mohd Noor

Mesej sayu pramugari #MH17 buat suami tercinta

Posted By: TTO Admin - 20.7.14

"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui Allah takkan kembali", itu antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu Allah, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap Allah dalam keadaan yang diredai," katanya kepada Bernama selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel di sini hari Sabtu.


Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam.

Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya," katanya.

Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana," katanya.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.

-- BERNAMA

Saturday, 19 July 2014

2 Gambar aunty pakai baju surah Al-Fatihah cetus kemarahan!

Posted By: TTO Admin - 19.7.14
2 Gambar seorang wanita non-muslim memakai baju bercorak tulisan Al-Fatihah mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial apabila dianggap menghina Islam lebih-lebih lagi dikenakan dalam bulan Ramadhan.
Kejadian dikatakan berlaku di Ampang, Selangor. Namun sehingga kini identiti aunty tersebut belum diketahui.

Gambar:



Friday, 18 July 2014

Sayu: Hilang abang dalam #MH370, kini anak perempuan maut dalam #MH17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Seorang wanita warga Australia yang kehilangan abangnya di dalam penerbangan Malaysia Airlines MH370 kini terpaksa menerima hakikat anak tiri perempuan beliau pula terbunuh dalam penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Abang Kaylene Mann iaitu Rod Burrows dan kakak iparnya Mary Burrows berada di Penerbangan MH370 apabila ia hilang pada bulan Mac tahun ini.

Mary dan Rod

Semalam pula beliau dikejutkan dengan berita pesawat MH17 yang membawa anak tirinya, Maree Rizk.

Tambah adik mereka, Greg Burrows berkata berita tragedi kedua yang melanda keluarga amat sukar diterima oleh mereka.

"Dia baru kehilangan seorang abang dan kini anak perempuan pula," kata beliau.

Maree Rizk dan suami dalam perjalanan pulang setelah bercuti di Eropah. -TengokTVonline

Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI

Wanita hina Kapten pesawat #MH17 berpuasa bodoh dalam komen Facebook!

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Komen seorang wanita di Facebook menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial apabila didakwa menghina kapten pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Tulis akaun facebook bernama Sim Kwang Yung Sim:

"The captain is an idiot, puasa fasting, no fly zone... bodoh betul captain tu, MAS bunch of idiot" 

"Stupid Malay Muslim pilot. if only he had eaten, he will be alert enough to stirr clear from the no fly zone! What is the grass goat thinking!

Wanita itu jelas menyalahkan kapten Wan Amran Wan Hussin yang turut terkorban dalam tragedi itu. Komen beliau dianggap biadap kerana tidak menghormati disamping melemparkan kata-kata kesat yang juga seakan-akan menghina amalan puasa di bulan Ramadhan.

Sim Kwang Yung Sim

Screenshot komen:


Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI

Mesej terakhir Wan Amran, Kapten pesawat #MH17 sebelum terhempas! #prayformh17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Juruterbang pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin mengirimkan mesej terakhir menerusi aplikasi WhatsApp kepada isterinya sebelum berlepas dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut sepupu Wan Amran, 50, yang dikenali sebagai Ummi, kiriman mesej itu berbunyi `Nak naik dah jumpa esok' pada pukul 4.48 petang kelmarin (waktu Malaysia).

"Itu mesej terakhir beliau kepada isterinya, Mariam Yusof dan kami dimaklumkan bahawa tiada perkara pelik dan luar biasa yang berlaku padanya sebelum ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kredit: Utusan

Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI

Jurnalis cerita pengalaman ngeri berada di tapak bangkai Pesawat #MH17. #prayformh17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Noah Sneider, seorang jurnalis dan jurugambar menceritakan pengamalan ngerinya berada di tapak pesawat MH17 terhempas, sedikit terjemahan dalam bahasa Melayu:

"Saya tidak pernah melihat keadaan seperti itu, "Seorang pejuang pemberontak tempatan memberitahu saya. Anda pandang ke bawah dan lihat telinga, jari, & tulang"

"Penduduk tempatan berkata segalanya meletup di udara, jatuh dalam serpihan. Badan penumpang dan kapal itu sendiri. Penduduk fikir mereka sedang dibom.

"Anggota bomba memadamkan saki baki bangkai #MH17. Semuanya terbakar, rumput, kapal terbang dan kepada manusia. Amat sukar untuk diterima.

"Di tapak kemalangan # MH17. Tubuh badan ada di mana-mana, organ terburai keluar. Terlalu mengerikan untuk berkongsi gambar. Sememangnya kejadian ini satu bencana yang tragis.



Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI

Sayu, hijrah 6 beranak kembali ke Malaysia naiki pesawat #MH17 #prayformh17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Sayu, keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat terhempas itu.

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak.

Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial.

"17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah.... " - Tulis Ariza.


Mungkin sahaja Hijrah mereka sekeluarga ke Jannah... Aminnnn...

Adik kepada Ariza dalam komen gambar tersebut mengesahkan pemergian mereka


Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.- Al-Fatihah.

Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI

Raut wajah Perdana Menteri juga tidak mampu sembunyi kesedihan. #prayformh17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Disebalik susuk tubuh seorang Perdana Menteri Malaysia, terpancar raut wajah sedih mengenangkan nasib Warga Malaysia yang terkorban dalam pesawat MH17.

Datuk Seri Najib Razak memohon rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

"Hari ini adalah 'hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia', saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku," katanya.

Itulah kata-kata daripada seorang pemimpin no 1 negara kita. Inilah masanya kita berdiri dibelakang beliau tanpa mengira fahaman dan perbezaan, beliau memerlukan semangat kita kerana kali ini kita bakal berhadapan dengan dugaan amat besar... -Tengoktvonline



Sayu: Gambar Instagram penumpang dlm Pesawat #MH17 sebelum berlepas #prayformh17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14



Seorang penumpang MH17 warga Malaysia memuat naik video singkat terakhir di Instagram miliknya  ketika berada di tempat duduk pesawat MH17 sebelum berlepas.

Masa di dalam caption gambar tersebut memulakan perjalanan dengan ucapan Bismillah di samping menambah hashtag #hatiadasedikitgentar, seolah-olah mengetahui sesuatu bakal terjadi pada dirinya.

Semoga mereka yang terkorban ditempatkan dalam golongan orang yang beriman... - Al-Fatihah

Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI


10 Gambar sayu keluarga penumpang #MH17 tiba di KLIA #prayformh17

Posted By: TTO Admin - 18.7.14

Ahli keluarga penumpang MH17 yang sudah berada di KLIA sebaik menerima perkhabaran berita tragedi pesawat itu kelihatan sayu. Beberapa ahli keluarga dilihat memeriksa senarai nama penumpang MH17 di Anjung Tinjau bagi mengesahkan nama ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Mereka hadir sambil diawasi beberapa pegawai Malaysia Airlines.

Kebanyakan mereka enggan ditemuramah dan meminta pihak media memberi ruang kepada mereka untuk bertenang sambil menunggu maklumat lanjut mengenai tragedi pesawat MH17 yang dilaporkan dipercayai terhempas di Ukraine, sempadan Russia, malam tadi.

Klik : IKUTI UPDATE TERKINI MH17 DI SINI


Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab