Tuesday 9 September 2014

Punca Sebenar kes buli pelatih PLKN di Kem Cenderawasih Cador

Posted By: TTO Admin - 9.9.14

Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memukul seorang rakan mereka yang mula tersebar di laman sosial Facebook hari ini disahkan sebagai video lama membabitkan insiden pergaduhan yang berlaku di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang, Terengganu, tahun lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan JLKN sebentar tadi, bagaimanapun pihak JLKN katanya, sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani insiden terbabit.

Abdul Hadi berkata, kes berkenaan sudah pun diambil tindakan mengikut standard prosedur operasi (SOP) JLKN dan satu laporan polis juga sudah dibuat pada hari sama.

Menurut perkongsian video di Youtube yang dimuatnaik pada 6 Mac 2014 mendedahkan bahawa pelatih PLKN yang dibuli didakwa telah mencuri duit rakan pelatih yang lain di asrama mereka.

Walaupun telah lama, penyebaran video itu pasti membimbangkan para ibu bapa pelatih yang sedang mengikuti latihan PLKN di kem seluruh negara.

Lihat Video:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab