Thursday 11 September 2014

Kisah sayu Muallaf gelandangan "terima bantuan RM50 setahun" tersebar

Posted By: TTO Admin - 11.9.14

Seorang pengguna Facebook memuatnaik 2 keping gambar mengenai seorang muallaf yang baru sahaja 4 tahun memeluk Islam dalam keadaan serba kekurangan dan hidup dalam gelandangan (Homeless).

Ketika ditanya samaada pakcik muallaf itu ada menerima sebarang bantuan daripada baitulmal, jawapan yang diberikan amat mengejutkan sekali iaitu beliau hanya menerima "RM50 setahun".


Berikutan itu, status dan gambar yang dimuatnaik tersebar dan menimbulkan rasa kurang senang pengguna media sosial terhadap Jabatan Bautilmal yang bertanggungjawab.

Namun, melalui ruangan komen beberapa individu tampil memberikan penjelasan bahawa bantuan RM50 yang diberikan itu hanyalah berbentuk bantuan sementara/kecemasan sahaja sebelum mereka memohon bantuan bulanan yang sebenar.


Kenyataan itu turut disokong oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sendiri dalam komennya yang telahpun selesai menjalankan siasatan awal mengenai kes itu. Pihak MAIWP juga mengatakan telah menggerakkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk mencari dan mendapatkan info lanjut daripada muallaf itu.


Semoga perkara ini dapat diselesaikan segera supaya tidak berlanjutan kerana banyak komen-komen dilihat berbentuk sinis yang boleh jatuh kepada fitnah ditulis oleh para pengguna media sosial. TengokTVonline



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab