Kuala Lumpur: Datuk RM5. Mungkin itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki warga emas yang selera jijik iaitu melakukan s#ks oraI terhadap beberapa kanak-kanak perempuan di sekitar rumahnya dengan membayar RM5 kepada mangsa.
Lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai menggunakan cucu perempuannya sebagai umpan untuk mengajak rakan-rakannya berusia sembilan dan 10 tahun datang ke rumah suspek.
Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak perempuan didakwa menjadi mangsa nafsu buas suspek yang menjadikan rumahnya di Pantai Dalam sebagai lokasi untuk melakukan perbuatan itu sejak 10 bulan lalu.
Bagaimanapun, perbuatan itu diketahui ahli keluarga mangsa Isnin lalu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai, Ahad lalu untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek mula melakukan perbuatan itu sejak penghujung tahun lalu bermula dengan cucunya sendiri.
KONGSI
& Komentar
Tweet