Tuesday, 2 September 2014

Ibu mohon maaf kes anak ditampar cikgu. Ramai guru saran teruskan saman

Posted By: TTO Admin - 2.9.14

Akhirnya, kes murid ditampar cikgu ternyata satu rekaan sahaja apabila ibu kepada murid tersebut tampil memohon maaf. Selain itu, bapa saudara kepada murid itu yang tampil membuat laporan Polis turut memohon maaf secara terbuka di dalam satu status Facebook beliau.

Georgetown :“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Kesal dengan apa yang berlaku Norhafizah, tampil membuat permohonan maaf itu kepada semua tenaga pengajar sekolah terbabit terutama pengetuanya.

Katanya, pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ingin menyelesaikan masalah berkenaan secara baik selain turut mengaku kejadian berpunca akibat sikap yang terlalu terburu-buru.

“Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

NORHAFIZAH membuat permohonan maaf secara terbuka kepada guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang kerana dakwaan anaknya dipukul.

Permohonan maaf bapa saudara murid tersebut turut dibuat di ruangan status Facebook beliau.

“Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat,” katanya, semalam.

Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu. -Hmetro

Walau bagaiamanapun, melalui satu page Facebook khas dicipta untuk menyokong cikgu yang dituduh tersebut tetap menyarankan agar saman diteruskan kepada pihak penjaga murid itu sebagai pengajaran kepada ibu-bapa yang lain. Ini berikutan mereka merasakan maruah profesion perguruan semakin dipijak-pijak dan dipandang rendah oleh masyarakat ekoran fitnah yang kerap timbul kepada rakan sejawat mereka. 


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab