Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa Norfadhiah Allisa Mohd Faizul, parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan 10 tingkat berkenaan.
Ibu mangsa, Maziah Basar, 37, berkata, ketika kejadian dia mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan, dekat sini dan dikejutkan panggilan telefon oleh pihak Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut memintanya datang ke Unit Kecemasan kerana anaknya mendapatkan rawatan akibat terjatuh.
“Sebaik mendapat panggilan jam 10.30 pagi itu, saya terus ke hospital dan mendapati anak saya dirawat serta tidak sedarkan diri, selain mengalami pendarahan pada kepala.
MANGSA dipindahkan dari Lumut ke HRPB untuk rawatan lanjut.
“Keadaan anak saya ketika itu kritikal dan pihak hospital memberitahu akan memindahkannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki helikopter untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Kecemasan HRPB di sini, semalam.
Menurutnya, anaknya diterbangkan bersama doktor dari HAT ke Ipoh jam 1.15 petang, manakala dia menaiki kenderaan disediakan TLDM dan tiba di HRPB jam dua petang. -Hmetro
KONGSI
& Komentar
Tweet