Monday 22 September 2014

Gambar bakal MB Selangor tengah rehearsel tersebar

Posted By: TTO Admin - 22.9.14


Satu keping gambar tersebar di media sosial ketika ini menunjukkan seorang pemimpin dikatakan sedang melakukan rehearsel sempena Istiadat Pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Selangor yang baru di Istana Alam Shah, Klang.

Facebook Page TV14 yang pertama kali memuatnaik gambar itu tidak pula menamakan pemimpin tersebut sebaliknya menimbulkan persoalan yang semua orang ingin tahu jawapannya.

Oleh kerana gambar tersebut tidak jelas, ramai yang meneka bahawa pemimpin itu adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Walaubagaimanapun, melalui siaran akhbar, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani sebelum ini berkata, nama tersebut bakal diumumkan selewat-lewatnya esok.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab