Tuesday 2 September 2014

Perbuatan suami paksa isteri sarat mengandung layan Bangla terbongkar

Posted By: TTO Admin - 2.9.14

Gombak: Seorang wanita sarat mengandung dipercayai menjadi mangsa s#ks luar tabii suaminya berjaya menyelamatkan diri, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita malang berusia 26 tahun dikatakan sudah tidak tahan menjadi mangsa nafsu suaminya apabila lelaki berusia 34 tahun itu memaksa mangsa bers#tubuh dengan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Nizam sebelum suspek kembali bers#tubuh dengannya di kediaman mereka di Kepong, di sini.


Gambar Hiasan

Difahamkan, wanita terbabit berjaya melarikan diri selepas dipercayai dipaksa suaminya sebanyak tiga kali untuk mengadakan hubungan s#ks dengan Nizam sejak tiga bulan lalu sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Ali Ahmad berkata, lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun bersama suami mangsa telah ditahan di dua lokasi berasingan semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab